Saturday, May 21, 2011

cerita seram+kelakar+selekeh(ditulis oleh mimi,mirhanieza,irdina)

Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.Semua ahli keluargaku yang lain sudah hanyut dibuai mimpi.Cuma aku yang masih belum dapat melelapkan mata.Tiba-tiba angin kencang bertiup.Seakan-akan ribut melanda. Tingkap bilikku terbuka luas.Aku merasakan seperti ada sesuatu yang menyeramkan akan berlaku .Bulu romaku meremang.Kedengaran suara sayup-sayup memanggil-manggil namaku. Aku teringatkan akan rumah jiranku yang sudah lama ditinggalkan akibat enghuninya mati dibunuh.Aku menyelak langsir.Semasa aku sedang memerhatikan keadaan diluar tingkap,aku ternampak suatu lembaga menyerupai jiranku yang tidak berkepala.Lembaga itu merayau-rayau di kawasan rumah jiranku itu. Sejurus itu,aku berlari menuju ke katilku.Lalu,aku menyulubong tubuh badanku dengan selimut akibat ketakutan yang teramat sangat.Badanku terasa seram sejuk. Aku terdengar bunyi tapak kaki manusia menuju ke arahku.Aku menggigil.Tiba-tiba aku terasa seperti ada cecair suam mengalir dipelipatan pehaku. Apabila aku membuka mataku,kulihat ibuku berdiri sambil tersenyum sinis memandangku.Aku malu kerana telah terkencing di dalam seluar.Rupa-rupanya semua itu hanyalah mimpi semata-mata.

1 comment: